Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa ada pihak cuba mengaitkan isu peningkatan kos Projek Sistem Transit Rapid (RTS) dari Johor Bahru ke Singapura dengan sebidang tanah milik baginda di Bukit Chagar.

Istana Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sehingga kini Sultan Ibrahim tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda itu akan terlibat dengan projek RTS.

“Namun begitu, baginda telah bertitah, sekiranya benar tanah di Bukit Chagar itu terlibat dengan projek RTS, baginda berkenan menyerahkannya kepada kerajaan tanpa sebarang kos.

“Dengan syarat projek RTS mesti diteruskan dengan segera kerana baginda amat memahami derita rakyat yang terpaksa berulang alik ke Singapura,” kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah.

Istana Johor menjawab isu tanah Bukit Chagar
Istana Johor menjawab isu tanah Bukit Chagar

Isu tanah di Bukit Chagar dibangkitkan Perdana Menteri yang menegaskan kerajaan bersedia membeli tanah itu sekiranya ia sudah dibayar oleh Sultan Johor bagi membolehkan projek RTS diteruskan.

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, sekiranya dakwaan dua plot tanah di Bukit Chagar adalah milik Sultan Ibrahim, maka kerajaan akan membayar pampasan kepada baginda.

Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan kerajaan meneruskan projek RTS dari Johor Bahru ke Singapura tidak terganggu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/03/rts-jika-benar-tanah-itu-kini-milik-sultan-johor-kita-akan-dapatkan-semula-tun-m/

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast