SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau, Sabah sedang mengesan lima sekeluarga bagi membantu perbicaraan kes melibatkan rasuah.

Kesemua individu berkenaan ialah seorang ibu, Bujang Lasa Manaja, 52, dan anak-anaknya, Nuri Alsa Mitanyu berusia 29 tahun, Nasal, 26, Muliana, 24, dan Kamal, 19 tahun.

SPRM dalam kenyataan berkata kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah.

“Kesemua individu ini perlu hadir di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Tawau pada 27 dan 28 Jun depan untuk perbicaraan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung kesemua individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa Susilahwatie Sino di talian 013-8877033.- BERNAMA