Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof.
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

KUALA LUMPUR – Sekumpulan empat lelaki dengan dua dipercayai bersenjatakan pistol melakukan rompakan di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di pekan Kajang, dekat sini, dalam kesibukan umat Islam berbuka puasa pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata, dalam kejadian jam 7.43 malam itu, empat lelaki tersebut melarikan lapan dulang berisi barang kemas.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menilai anggaran kerugian dan giat menjalankan siasatan bagi mengesan kempat-empat suspek tersebut.

Tiada tembakan dilepaskan di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, katanya, dalam kenyataan, malam ini.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast