NEW YORK- Harga minyak ditutup pada paras terendah dalam tempoh sebulan pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap rundingan Amerika Syarikat-China yang masih belum selesai dan unjuran simpanan minyak mentah AS bakal mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh 19 bulan.
Niaga hadapan Brent jatuh AS$1.36 atau 1.9 peratus kepada AS$69.88 setong manakala US West Texas Intermediate jatuh 85 sen kepada AS$61.40.
“WTI terjejas teruk sejak beberapa minggu lalu disebabkan peningkatan tidak diduga bekalan minyak mentah,” kata Presiden Ritterbusch and Associates di Chicago, Jim Ritterbusch dalam satu laporan.
Stok minyak mentah AS meningkat ke paras tertinggi sejak September 2017 dan diunjur menokok 1.2 juta tong lagi minggu lepas.- Agensi