Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said menyampaikan perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – “Kalau saya jadi Perdana Menteri, rakyat di kampung ini miskin, tak boleh masuk universiti… malu muka saya?” demikian kata Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said.

Beliau berkata, antara perkara yang pernah dibangkitkan ialah keadaan rakyat miskin di kampung yang terpaksa berhutang untuk membiayai pengajian anak di universiti

“Saya kata, kalau saya jadi Perdana Menteri, rakyat di kampung ini miskin, tak boleh masuk universiti, terpaksa hutang masuk universiti, malu muka saya?

“Nak tunjuk dalam televisyen, Perdana Menteri hebat, rakyat miskin tak boleh masuk universiti. Saya kata saya malu.

“Boleh, insya-Allah saya batalkan semua hutang-hutang ini supaya anak boleh masuk universiti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026), di sini, hari ini.

Noorazli turut menyentuh kritikan terhadap janji menurunkan harga minyak selepas kemenangan pilihan raya.

“Ramai yang sindir, ‘menang hari ini, turun minyak esok. Kenapa tak jadi?”

“Kenapa tak jadi? Kita tak memerintah. Saya tidak jadi Perdana Menteri, nak buat macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Noorazli berkata, apa yang lebih penting ialah UMNO perlu berani menilai realiti politik semasa berdasarkan pengalaman dan janji yang pernah dibuat kepada rakyat.

“Dialog-dialog politik yang pernah disampaikan kepada rakyat akhirnya menjadi asas kepada persoalan sama ada janji tersebut benar-benar mampu direalisasikan,” katanya

Katanya, UMNO tidak boleh sekadar menjadi pemerhati kepada perkembangan politik negara, sebaliknya perlu mempunyai pendirian yang jelas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Kerajaan yang baik bukan sekadar pandai mengumumkan sesuatu.

“Kerajaan yang baik mesti mengkaji sebelum mengumum dan memastikan apa yang dijanjikan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here