SEOUL – Pyongyang telah membedil dua peluru berpandu jarak dekat dalam ujian senjata kali kedua kurang daripada seminggu.
Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu dilepaskan dari bandar barat daya Kusong sejauh 420km (260 batu) dan 270km ke arah timur.
Kusong terletak kira-kira 160 kilometer dari Pyongyang.
Ia berlaku beberapa jam selepas utusan utama Amerika Syarikat tiba di Korea Selatan untuk berbincang tentang bagaimana untuk memulihkan rundingan nuklear.
Penganalisis berkata, Korea Utara sedang berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas Amerika Syarikat setelah gagal dalam rundingan di Hanoi.
Dua peluru berpandu itu dilepaskan pada pukul 16:30 petang dan tiba di altitut kira-kira 50 kilometer sebelum terjatuh ke dalam laut, menurut kenyataan Ketua Staf Bersama Korea Selatan. – MalaysiaGazette