Pengamal perubatan Islam Ilahana, Sa'ad Jaafar (kiri) bersama Mohd. Azim Adam.

KUALA LUMPUR – Klinik Desa Gesir Tengah di Hulu Bernam dekat sini yang ditutup gara-gara gangguan makhluk halus kini sudah ‘dipulihkan’.

Seorang pengamal perubatan Islam, Sa’ad Ja’afar mendakwa telah ‘membersihkan’ kawasan itu daripada gangguan jin yang bertanggungjawab menganggu kawasan tersebut malam tadi.

“Saya dapat tahu berita ini daripada facebook. Apabila ada permintaan untuk siasat kes ini, barulah saya mulakan penangkapan jin-jin yang menganggu itu.

“Apabila proses penangkapan jin di kawasan klinik desa itu dijalankan, semua jin di situ keluar dari berbagai sudut dan lintang pukang cuba melarikan diri dalam keadaan ketakutan.

“Jin-jin itu pelbagai bentuk dan rupa. Ada bentuk beruang, bentuk burung patah sayap, bentuk pontianak berambut putih terbang dan berbagai lagi,” katanya dalam blognya PakarTangkapJinblogspot.com.

Menurut Sa’ad, kesemua jin itu diketuai oleh seekor jin yang bergerak secara mengesot yang ditangkapnya.

Selepas ditangkap dan dilakukan sesi soal jawab, katanya, ketua jin yang berupa seorang perempuan berambut serabut, serba hitam dan tidak beragama.

Ketua jin itu berusia 13 juta tahun itu kira-kira 12 juta ekor di kawasan tanah tapak klinik desa berkenaan.

Ketika ditanya Sa’ad kenapa mereka menganggu manusia, ketua jin mendakwa manusia yang menganggu mereka.

Ketua jin itu juga mengakui telah merasuk manusia di klinik berkenaan bagi menunjukkan ‘kekuatan’ mereka.

Jin itu juga mendakwa mereka berbuat demikian bagi meninggalkan rasa takut kepada manusia.

Jin juga mendakwa mereka tidak terkesan dengan bacaan Yasin yang dilakukan oleh penduduk dan kakitangan di klinik berkenaan sebelum ini.

Malah jin mendakwa dia dan kumpulannya sering menunjukkan diri sebagai kucing di kawasan berkenaan dan menyihir manusia yang datang ke sana.

Mereka juga mendakwa menganggu manusia dengan cara merosakkan bekalan elektrik dan air.

Caranya dengan selalu merosakkan kipas dan menahan air keluar menjadikan air tersekat-sekat.

Bagaimanapun, jin berkenaan menafikan taburan beras kuning dan patung hitam di atas bumbung klinik itu hasil perbuatannya tetapi ia perbuatan manusia.

Menurutnya, ia ritual manusia mahu berkawan dengan jin.

Selepas itu, menurut Sa’ad, ketua jin itu disumbat ke penjara khas dan tidak lagi akan menganggu manusia.

“Gangguan ini semua akibat perbuatan jin dan walaupun bulan puasa hanya syaitan sahaja yang diikat tetapi jin ada sama seperti manusia kerana sama tanggungjawabnya,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKENAAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/07/klinik-desa-ditutup-kerana-gangguan-makhluk-halus/