Hazard menyempurnakan sepakan penalti yang membolehkan Chelsea melangkah ke pusingan akhir Liga Europa musim ini.

ENGLAND – Selepas dua kelab England Tottenham Hotspurs dan Liverpool menempah tiket ke perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah, kini piala Liga Eropah juga bakal ditentukan kejuaraan oleh dua kelab England.

Ini kerana Chelsea dan Arsenal melangkah ke perlawanan akhir Liga Eropah selepas menang bergaya ke atas lawan masing-masing dalam aksi awal pagi semalam.

Chelsea yang terikat 1-1 pada 90 minit pertama menjinakkan Eintracht Frankfurt 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di pusingan separuh akhir kedua.

Manakala dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua Arsenal mudah menundukkan Valencia 4-2 untuk bertemu seteru EPL di aksi Final.

Musim ini dua liga berprestij Eropah itu didominasi dan bakal menjadi milik kelab Inggeris.

Bagi Spurs kendalian Pochettino dan Arsenal bimbingan Emery, kali pertama dalam sejarah kelab mereka melangkah ke perlawanan akhir temasya musim ini.

Pada aksi akhir 29 Mei ini, Arsenal atau pun Chelsea akan menjulang liga berprestij itu.

Chelsea yang sudah pun menempah tiket ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim hadapan merancang menjulang piala untuk kali kedua.

Bagi Arsenal kemenangan di perlawanan akhir Liga Eropah kelak akan melayakkan mereka secara automatik ke aksi Liga Juara Juara Eropah musim hadapan walaupun menamatkan saingan di luar empat teratas EPL musim ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast