TORONTO – Penantian penuh penyeksaan sebuah keluarga selama lebih dua tahun akhirnya berakhir apabila pembunuh anak perempuan mereka dijatuhi hukuman mati seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Toronto, Kanada semalam.

Pembunuhan wanita bergelar doktor pakar sakit puan itu menggemparkan penduduk setempat kerana secara luarannya kedua-dua mereka tampil saling menyayangi serta sebuah keluarga bahagia.

Agensi melaporkan, Dr Elena Fric-Shamji telah dibunuh dengan kejam oleh suaminya sendiri yang juga merupakan seorang doktor pakar tempatan pada 2016 ketika pasangan itu dalam proses penceraian.

Pembunuhan Elena, 40 yang bukan sahaja dipukul dengan teruk sehingga tengkuk, kakinya patah, dia juga turut dicekik sehingga mati oleh suaminya, Mohammed Shamji, 43, ketika kejadian.

Malah menurut ibu Elena, Ana Fric, pasangan itu yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak yang masih kecil itu mendedahkan selama perkahwinan itu, mangsa didera secara fizikal dan mental oleh suaminya yang panas baran serta kaki pukul.

Ana mendedahkan, Elena sudah melalui detik hitam bersama suaminya sejak 12 tahun lepas namun seringkali mendiamkan diri dan menyembunyikan semuanya kerana anak-anak mereka.

“Saya mahu bercakap mengenai keganasan domestik yang dialami Elana selama 12 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

“Saya harap dengan cerita ini, wanita lain yang ada dalam keadaan serupa akan sedar, jika mereka tidak berani meninggalkan pasangan pada tahap awal, mereka akan mengalami nasib sama dengan Elana. Tolonglah celik daripada perkara ini.

“Jangan jadi seperti saya, jangan sehingga anda juga kehilangan Elena seperti saya,” tangisnya di luar kompleks mahkamah.

Dr. Elana Fric-Shamji Family

Ketika Hakim Mahkamah Tinggi,  John McMahon membacakan keputusan tersebut turut mengatakan pembunuhan ini bukan sahaja begitu tragik malah penderaan domestik seperti itu sangat menyayat hati apatah lagi mangsa terpaksa mendiamkan diri sekian lama sehingga nyawanya melayang di tangan insan yang disayanginya.

“Kehidupan yang begitu indah untuk Fric telah dirompak oleh manusia seperti kamu (Shamji).

“Ini adalah satu keputusan yang sangat adil dan berpatutan. Shamji tidak boleh langsung cuba mendapatkan perintah parol sehingga 14 tahun akan datang, ini adalah satu pengajaran,” tegasnya.

Ketika keputusan itu dibuat, Shamji tidak dapat menahan diri daripada menangis dan berterusan mengatakan dirinya patut mati sahaja sejurus selepas membunuh isterinya.

ShamjiPada insiden 1 Disember 2016 itu, mayat Elena yang sudah dibungkus ditemui di tepian sungai 35 kilometer dari rumah pasangan berkenaan.

Selepas siasatan, pihak polis berjaya memberkas Shamji di sebuah kafe ketika sedang minum kopi dan berkelakukan seperti tidak tahu apa yang terjadi kepada isterinya.

Bagaimanapun ketika soal siasat, akhirnya Shamji membuat pengakuan salah dengan mengatakan dirinya marah kerana mendiang isterinya bertindak berani untuk menceraikan dirinya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast