Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap semasa temubual khas di Bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa beliau berikutan penahanan penggiat media sosial di Balai Polis Tampoi Johor malam tadi.

Katanya, rakyat bebas mengkritik mana-mana pemimpin dan kebebasan bersuara adalah penting dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya di Twitter rasmi beliau hari ini.

Menurut Dr Mahathir,, seperti yang pernah ditekankan sebelum ini, tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan.

“Saya merasa kesal dengan tindakan menangkap penggiat media sosial tersebut,” katanya lagi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulas mengenai penahanan penulis dan editor, Firdaus Abdillah Hamzah semalam.

Firdaus atau nama penanya, Pipiyapong ditahan di Balai Polis Tampoi,Johor dipercayai status yang menghina Raja-raja Melayu. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Penahanan @pipiyapong tiada kaitan dengan TMJ

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast