KUALA LUMPUR – Jika tahun-tahun sebelum ini Datuk Rizalman Ibrahim sibuk dengan tempahan baju hasil rekaannya yang menjadi kegilaan ramai ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri, namun tidak lagi kali ini.

Rizalman berkata, sepanjang bulan Ramadan kali ini beliau fokus melakukan ibadat dan berehat, manakala kerja-kerja tempahan baju rekaannya dan perniagaannya yang lain diserahkan kepada pekerja beliau.

“Tahun ni nak rehat. Tahu mahu kejar sangat jahitan, kalau dulu kejar duit, kerja tak habis. Tahun ni nak rasa nikmat berpuasa,” katanya menerusi video siaran langsung di Instagramnya.

Beliau merasakan kini berada pada fasa umur untuk aktif melakukan amal ibadat pula.

Kesyukurannya kepada Tuhan sentiasa tidak cukup untuk Rizalman ungkapkan jika dibandingkan dengan rezeki kesenangan yang diraihnya kini.

“Aku dah beralih satu umur yang lain, dulu mana nak salam orang masjid, salam artis sahaja. Sekarang ni adalah juga jawatan di masjid. Aku nak masuk satu bab baru, salam orang tua-tua,” katanya lagi.

Rizalman, pereka yang cukup terkenal mempunyai rekaan dan sentuhan magis buat si pemakai.

Beliau juga baru-baru ini menjadi pereka kepada busana Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah dan permaisuri yang ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast