Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Dakwaan Lim Kit Siang bahawa kekalahan PBS dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan semalam sebagai satu pukulan mati kepada Datuk Seri Najib Razak membuktikan Penasihat DAP itu obses terhadap beliau.

Sedangkan, kata Najib dia hanya di Sandakan setengah hari sahaja dan memberi satu ceramah sahaja, itu pun atas permintaan PBS.

“Terus digelar pukulan mati oleh MenHEN yang sekali lagi menunjukkan obsesi geli beliau terhadap saya,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, Kit Siang telah berkempen berhari-hari di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Cemeron Highlands tetapi PH kalah juga dan tidak ada seorang pun dari BN yang angkuh sehingga menuduh bahawa semua kekalahan PH ini melambangkan pukulan-pukulan mati untuk Kit Siang.

Najib turut mengambil logik yang sama, yang mana pasaran saham yang sudahpun diberi gelaran paling corot dalam dunia telah jatuh lagi pada minggu lepas kepada tahap paling rendah sejak tiga setengah tahun dahulu.

“Adakah ini juga melambangkan pukulan mati kepada anak MenHEN? Dah knockout ke belum? Berapa kali sudah kena pukulan?,” soal Najib kepada Kit Siang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan percaya parti PBS dan BN akan mengambil iktibar dari PRK Sandakan ini untuk memperbetulkan segala kelemahan dengan semangat perjuangan yang tidak akan padam.