Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution meunjukkan logo kod QR Touch N Go e-wallet dipamerkan di salah satu gerai untuk pembayaran menerusi telefon pintar ketika mengadakan sesi lawatan pada Program Kampong ' Kashless' Walkabout di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Pengunjung-pengunjung bazar Ramadan di Jalan Raya Alang Kampung Baru tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak untuk membeli juadah berbuka puasa.

Ini kerana, kira-kira 400 premis di bazar tersebut menjalankan urus niaga dengan Touch n Go e-Wallet.

Pembeli hanya perlu mengimbas kod QR untuk membayar harga barangan yang dibeli.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail memuji inisiatif Touch nGo yang memperkenalkan pembayaran tanpa tunai e-Wallet.

“Kalu tengok kod QR digantung di setiap premis untuk memudahkan pembeli.

“Kalau harga juadah RM3.50, kita beri tunai RM4 terpaksa cari duit syiling tapi dengan e-Wallet atau bayaran tanpa runai masalah itu tidak ada lagi,” katanya kepada pembrita selepas walkabout dan memantau harga barang di Bazaar Ramadan bersama penguatkuasa KPDNHEP di Kampung Baru.

Menurutnya, e-wallet ini satu trend yang mengikut keperluan dan tuntutan semasa pengguna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin berkata, projek rintis e-wallet itu pernah diperkenalkan kali pertama di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada tahun lalu.

Tetapi untuk tahun ini ia dimanfaatkan secara komprehensif di bazar Ramadan Jalan Raja Alang.

“Penggunaannya mudah, bayaran akan masuk akaun peniaga setelah imbas kod QR dilakukan semasa urus niaga.

“Ia merupakan inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai sistem e-Wallet, sekaligus menjadikan ia satu kelaziman dalam hidup seharian pengguna,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast