Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan termasuk salah seorang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah ditahan kerana terlibat dalam sindiket pengedaran rokok seludup dalam Op Asap baru-baru ini.

Operasi itu dijalankan di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur atas maklumat orang awam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejumlah 1,734 karton rokok seludup pelbagai jenama turut dirampas bersama sebuah kereta serta wang tunai sebanyak RM4,400.

Tambahnya anggaran nilai rampasan rokok selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM275,192.00.

Ia menjadikan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM304,592.00.

Kedua-dua lelaki itu direman di Ibu Pejabat Polis Sentul selama tiga hari mulai 15 hingga 17 Mei di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette