Pemandangan di sebuah pasar raya Walmart. foto Agensi

WASHINGTON – Walmart, peruncit terbesar dunia memberi amaran bahawa kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat akan menjejas dan menyukarkan pengguna.

“Telah kami nyatakan sebelum ini, matlamat kami adalah untuk menjadi peneraju harga rendah.

“Kami mahu menguruskan margin dengan pelanggan dan para pemegang kepentingan. Kamimempunyai strategi mitigasi yang telah disediakan selama berbulan-bulan. Tetapi peningkatan tarif akan meningkatkan harga kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Brett Biggs.

White House pada petang Isnin lalu telah meningkatkan tarif baharu bagi barangan China bernilai kira-kira AS$ 300 bilion dengan tarif sebanyak 25 peratus.

Senarai kenaikan barangan itu termasuk semua – daripada pakaian, kasut, barangan sukan dan aksesori.

Kenaikan itu selepas pentadbiran Donald Trum meningkatkan tarif sebanyak 25 peratus daripada 10 peratus barangan China bernilai AS$200 bilion pada minggu lalu.

Walmart berkata, pihaknya sedang memantau rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China sedang dekat dan berharap perjanjian dapat dicapai.

Sumber-sumber syarikat itu memberitahu, kira-kira dua per tiga daripada barangan-barang jualannya adalah barangan domestik, kerana ia daripada perniagaan maklanan. Baki satu per tiga lagi adalah dari luar negara termasuk China.

Ketua Pegawai Eksekutif Macy’s, Jeff Gennette turut melahirkan pandangan sama dengan menyatakan sukar bagi entiti itu mengharungi kenaikan tanpa menjejaskan pelanggan.

Para penganalisis lain pula memberi amaran bahawa kenaikan tarif itu akan menyebabkan banyak tutup kedai. – MalaysiaGazette