ENGLAND – Adiwira Batman menjadi pujaan anak anak muda dan remaja lebih lima dekad disejak diperkenalkan majalah komik dan filem di Hollywood sehingga sekarang.
Kini Ben Affleck yang selama ini memainkan watak adiwira itu dan akan digantikan dengan muka baharu.
Robert Pattinson akan menggantikan Affleck untuk memegang watak hero The Batman
Pattinson akan memainkan peranan sebagai Caped Crusader dalam filem terbaharu The Batman yang dijangka menemui peminat seluruh dunia di pangung pada 25 Jun 2021.
Pelakon British berusia 33 tahun itu dalam senarai untuk memainkan watak hero DC Comics itu.
Sebelum ini Ben Affleck memegang watak Bruce Wayne pada siri Justice League keluaran 2017.
Pattinson sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak superhero Batman dalam projek baharu yang dikendalikan Matt Reeves.
Mengikut rancangan asal, Januari lalu, Affleck sepatutnya berlakon menulis dan mengarang filem itu bagaimanapun menyatakan hasrat keluar daripada projek tersebut.
Proses rundingan bersama Pattinson belum selesai walaupun dia merupakan calon utama untuk filem tersebut dan kata sepakat dijangka termeterai dalam jangka pendek terdekat ini.
Pra produksi filem Batman dijangka bermula tahun ini.
Pattinson dikatakan akan memainkan peranan lebih besar dalam filem itu selain memegang watak Nicolas Hoult.- MalaysiaGazette