KUALA LUMPUR – Kira-kira 108 produk makanan sedia dimakan jenama FamilyMart kini didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusus untuk kedai serbaneka berpangkalan di Jepun, QL Kitchen Sdn Bhd, telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dua hari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli hidangan sedia dimakan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri, serta ais krim lembut yang ditawarkan kedai itu.

Senarainya akan ditambah berikutan FamilyMart akan terus membangunkan produk makanan dan minuman baharu untuk pelanggan sebagai sebahagian konsep kedai serbanekanya.

Sijil halal itu diperoleh berkebetulan dengan pembukaan kedai ke-100 FamilyMart Malaysia di Jonker Street, Melaka.

Ia merupakan kedai pertama dibuka di negeri itu dan yang kesembilan di luar Lembah Klang.

Lapan lagi kedai di luar Lembah Klang terletak di Johor.QL Resources merupakan pemegang perjanjian kawasan francais bagi kedai serbaneka FamilyMart di Malaysia menerusi Maxincome Resources.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast