Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) menafikan bahawa panggilan telefon yang dikatakan diterima oleh seorang individu adalah daripada pegawai atau kakitangan di Mahkamah Pulau Pinang.

Pejabat berkenaan mengulas berkenaan satu mesej yang tular di mana seorang individu telah menerima panggilan telefon yang kononnya daripada pegawai Mahkamah Pulau Pinang yang menyatakan pegawai tersebut telah diarahkan untuk menghantar satu surat kepada individu itu dan pegawai itu sedang berada di luar kediaman individu dan meminta individu untuk membuka pintu.

Mengikut kenyataan media, PKPMP menegaskan bahawa panggilan telefon yang dikatakan diterima oleh individu itu, adalah satu modus operandi penipuan yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah bertujuan untuk memperdaya orang awam.

Sehubungan itu, PKPMP meminta orang awam untuk berhati-hati dan sekiranya menerima panggilan telefon seperti itu, boleh rujuk kepada pihak mahkamah.

Orang awam boleh menghubungi nombor 03-8880 3500 / 03-8880 4067 bagi semenanjung, 088-523700 / 088- 675570 / 089-764401 bagi Sabah dan 082-442228 / 085- 418118 / 084-333788 / 086-334189 bagi Sarawak atau e-mel ke [email protected].

Mesej yang tular tersebut antara lain menyatakan bahawa pegawai tersebut menyatakan bahawa beliau membawa surat mahkamah yang membenarkan beliau dan beberapa orang kakitangan untuk mengambil barang-barang dari premis individu itu kerana mempunyai tunggakan hutang.

Individu berkenaan menyatakan bahawa untuk berjumpa pegawai tersebut di balai polis dan pegawai itu bersetuju sambil mengugut untuk membuat sesuatu kepada individu itu sekiranya beliau tidak pergi ke balai Polis.

Setibanya individu itu di balai polis Jelutong, tiada kelibat pegawai tersebut dan bila dihubungi panggilan pergi ke peti suara. – MalaysiaGazette