Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 MEI 2019

KAJANG – Kementerian Sumber Manusia hari merancang untuk membuka kesemua 32 Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi memberikan latihan kepada mereka yang berminat.

Menterinya, M Kulasegaran berkata, cadangan untuk membuka ILP selepas jam 5.30 petang sehingga jam 11 malam adalah satu langkah bagi menawarkan pelbagai program kemahiran kepada rakyat Malaysia.

“Sebab itu saya minta semua ILP untuk membuka pintu mereka selepas 5.30 petang kepada semua yang ingin melanjutkan kemahiran mereka.

“Ramai diantara mereka adalah orang yang sudah bekerja, jadi saya minta ILP dibuka sehingga 11 malam. Ini adalah aktiviti yang dilakukan di seluruh dunia, ini bukan pengecualian kepada Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dong Zong dan Kementerian Sumber Manusia, hari ini.

Hadir sama Penasihat Organisasi Dong Zong, Foo Wan Thot, Pengerusi Persekutuan Persatuan Penangan Pengurusan Sekolah Cina Malaysia, Tan Tai Kim.

MGF23052019_MOU Dong Zong_02
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran meluangkan masa melawat ruang pameran ketika hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 MEI 2019

Langkah ini bagi merealisasikan sasaran 35 peratus peningkatan pekerja berkemahiran dalam kalangan pekerja di negara ini sebagaimana dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) untuk tahun hadapan.

“Selepas 61 tahun kerajaan terdahulu cuma mencapai taraf 28 peratus peningkatan kemahiran di kalangan pekerja di negara ini,” katanya lagi.

Malah ILP turut digesa untuk dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan hari pelepasan am bagi memberikan masa yang mencukupi untuk mereka mendapatkan latihan.

Bagaimanapun, menurut Kula, langkah itu tidak akan dilaksana tahun ini kerana mekanisme mengenai pelaksanaannya masih dirangka.

Program ini akan dibuka kepada semua yang berminat dan tiada bayaran akan dikenakan kepada rakyat yang dikategorikan dalam golongan B40 untuk semua program. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast