Sebahagian para penyokong meraikan kemenangan Narendra Modi dalam Pilihan Raya India. foto Agensi

NEW DELHI – Perdana Menteri India,  Narendra Modi menang dengan penuh dramatik selepas parti mendapat mandat besar dalam keputusan pilihan raya.

Kemenangan itu akan memudahkan beliau melaksanakan polisi mesra perniagaan dan bertegas terhadap keselamatan negara.

Pemilihan beliau semula mengukuhkan trend global populis sayap kanan yang menyapu kemenangan, dari Amerika Syarikat ke Brazil dan Itali, yang menawarkan kempen perlindungan, imigresen dan pertahanan.

Data rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Parti Bharatiya Janata yang dinaungi Modi memperoleh 300 daripada 542 kerusi, naik daripada 282 yang dimenangi pada tahun 2014,  lebih daripada 272 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat.

Dengan keputusan itu bermakna parti Mody berjaya memenangi majoriti bagi parti tunggal dalam sejarah pilihan raya India sejak tahun 1984.

“Bersama kita akan bina India yang kuat dan inklusif. India menang lagi,” kata Modi menerusi Twitter. – MalaysiaGazette