Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

PORT DICKSON – Keputusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai satu keputusan yang baik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata debat antara pemimpin veteran DAP itu dengan Najib dibimbangi akan bertukar menjadi konflik pertembungan antara kaum.

“Kalau yang saya faham Kit Siang bukan orang yang tidak berani… tetapi saya ingat ramai kawan-kawan nasihat, tidak sesuai masa sekarang, nampak timbul ketegangan.

“Satu keputusan yang baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui ketika program Sumbangan Rumah ke Rumah di sini, hari ini.

Semalam, Lim mengumumkan untuk menarik diri daripada berdebat dengan Najib atas alasan bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik pertembungan kaum antara Melayu dan Cina.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast