Gunung Everest

NEPAL – Seorang lelaki Britain maut di Gunung Everest hari ini, menjadikan jumlah kematian di kemuncak gunung tertinggi dunia itu pada musim ini meningkat kepada 10.

Robin Haynes Fisher, 44, dilaporkan sakit ketika turun dari puncak.

Semalam, seorang lelaki warga Ireland, Kevin Hynes, juga meninggal dunia di Everest.

Nepal sedang dipantau kerana mengeluarkan sebanyak 381 permit, masing-masing pada hargas AS$ 11,000 (£ 8,600), untuk musim bunga tahun ini.

Akibatnya, berlaku kesesakan di gunung tersebut dan pendaki dikatakan perlu beratur berhampiran puncak.

Fisher berjaya sampai ke puncak Everest pada pagi Sabtu tetapi terjatuh dan meninggal dunia kira-kira 150 meter dari puncak, syarikat ekspedisinya mengesahkan.

“Juru pandu kami cuba membantu tetapi dia meninggal dunia tidak lama kemudian,” kata Murari Sharma dari Everest Parivar Expedition.

Himalayan Times melaporkan, Sherpa lelaki itu turut mengadu sakit dan diselamatkan semasa di kem di kawasan rendah.

Hynes, 56, dari Ireland meninggal dunia pada hari Jumaat di bahagian utara Tibet, selepas berpatah balik sebelum sempat menjejak kemuncak Everest.

Kematian yang dilaporkan pada minggu ini termasuk empat dari India dan masing-masing satu dari Nepal, Austria dan Amerika.

Minggu lalu seorang profesor, Seamus Lawless maut selepas terjatuh dari gunung dan operasi mencarinya masihnya dijalankan.

Keadaan tahun ini lebih teruk dari kebiasaan dengan angin kuat menyebabkan sebahagian besar pendaki sukar mencapai sasaran masa.

Jumlah angka pendaki dan kematian mendorong desakan supaya permit kepada pendaki dikurangkan.

Angka pendaki tahun ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu sebanyak 807 orang yang menjejaki kaki ke kemuncak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast