Eden Hazard
Eden Hazard

MADRID – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos secara terbuka mahu melihat Eden Hazard menyertai kelab itu pada musim depan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu percaya bintang Chelsea tersebut adalah pemain hebat dan sesuai dengan gaya permainan Real.

“Pada pendapat saya, dia pemain yang hebat dan berada di tahap tertinggi.

“Dia akan menjadi pemain yang hebat untuk Real dan dia boleh mengisi kehilangan dalam pasukan,” katanya dalam satu sidang media selepas menyelesaikan isu ketegangan dengan Presiden Real, Florentino Perez.

Selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Europa, Hazard menganggap ia adalah hari untuk ucap selamat tinggal kepada Chelsea.

Real Madrid sudah lama meminati pemain Belgium itu selepas mereka kehilangan pemain sensasi, Cristiano Ronaldo.

Namun selepas Piala Dunia 2018, Chelsea meletak harga lebih £200 juta dan Real menganggapnya sebagai tanda harga untuk pemain yang bukan untuk dijual.

Chelsea masih gagal mencapai persetujuan dengan Hazard dan juara Liga Europa itu menetapak harga Hazard dengan nilai £130 juta. – MalaysiaGazette