Lim Lip Eng dengan kerjasama parti Amanah kawasan Kepong menganjurkan program is petrol percuma sempena Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal boleh mengisi bahan api percuma esok bersempena bulan Ramadan dan sambutan 1 Syawal.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan menerusi twitter rasminya berkata, penunggang motosikal 150cc dan ke bawah boleh mendapatkan petrol percuma itu di Stesen Minyak Petrol Caltex di Batu 8, Jalan Kepong.

“Program pengisian petrol percuma untuk motosikal 150cc ke bawah sempena Aidildfitri di Caltex Batu 8, Kepong bermula 12 tengahari hingga 4 petang pada Isnin 3 Jun 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut memaparkan gambar beliau berbaju Melayu warna unggu bersama pemimpin Amanah kawasan Parlimen Kepong.

Katanya, program itu merupakan anjuran bersama Amanah dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Kepong.- MalaysiaGazette