KUALA LUMPUR – Kebiasaannya sekiranya seseorang pemandu kenderaan disaman atas sebarang kesalahan lalu lintas mereka akan melepaskan kemarahan kepada anggota polis.

Namun dalam kes perkara di sebaliknya pula berlaku apabila seorang pemandu kereta mengakui kesalahan tidak memakai tali pinggang semasa memandu semasa ditahan polis.

Bukan sekadar itu pengguna jalan raya itu juga menjelaskan kepada polis berkenaan dia wajar disaman kerana tidak memakai tali pinggang dan minta disaman.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu dirakam dan dikirimkan Friends of BN dan telah dimuat naik dalam laman sosial Facebook Friends of PDRM mencuri tumpuan netizen.

“Terima kasih encik (polis trafik) sebab saman saya. Hari ini memang saya bersalah..buat salah dan saya rasa wajar disaman dan saya tidak melawan anggota polis.

“Sebab anggota polis menguatkuasakan undang undang dengan baik.. betul ye encik ya.. dan hari ini pun tidak berlaku transaksi rasuah… hari ini memang saya tak pakai tali pinggang.

“Saya rasa kesalahan itu betul dan Lans Koperal Muhammad menyaman saya dan saya akur kesalahan saya ini dan apa nasihat lans koperal kepada saya,” kata sambil melontarkan soalan ke arah anggota polis berkenaan.

Lans Koperal yang terlibat tugas menahan kenderaan pun menasihatkan supaya sentiasa memakai tali pinggang semasa membawa kenderaan demi keselamatan diri dan pengguna lain di atas jalan.

Beliau turut menunjukkan surat saman yang lengkap diisi butiran pemandu berkenaan sebelum mendapatkan tandatangan pemandu yang bersalah itu.

Pemandu yang difahamkan berumur 37 tahun itu akhirnya berjanji kepada pegawai keselamatan itu supaya akan mengikuti peraturan dan nasihat undang undang jalan raya yang dikuatkuasakan demi keselamatan bersama pengguna jalan raya.

Video itu ditonton lebih 189, 216 paparan pengikut FB dan 564 kali dikongsi selain menerima 369 komen netizen yang memuji pemandu yang mengakui kesalahannya.- MalaysiaGazette