Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

KUALA LUMPUR – Pas mengalu-alukan pelantikan  Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Mengikut Seksyen 5(1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM atas nasihat Perdana Menteri, kata Setiausaha Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Pas yakin Latheefa adalah seorang yang berkelayakan dan berperwatakan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik.

“Bagaimanapun beliau perlu membuktikan dengan lebih jelas bahawa beliau boleh melaksanakan tugas jawatan tersebut dengan ‘tanpa takut atau memihak’ (without fear or favour) demi memerangi gejala rasuah di semua peringkat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Pas mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti kepada peguam berkenaan.- MalaysiaGazette