Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun turut melawat dan menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Paya di di sini ditempatkan di bangunan sementara dan mereka terpaksa menyambut raya kedua di Dewan Serbaguna Kampung Bharu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun turut melawat dan menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa.

Turut hadir dan menghulurkan bantuan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Wilayah, Jabatan Pertahanan Awam dan Briged Aman.

Difahamkan, mangsa-mangsa terdiri daripada penyewa di rumah tersebut.

Kesemuanya melibatkan lima buah rumah dan setakat ini yang telah berdaftar DBKL ada enam keluarga termasuk dua bayi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku cuma kemusnahan harta benda dan dokumen-dokumen penting. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/05/lima-rumah-setinggan-di-kampung-baru-musnah-dalam-kebakaran/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast