Kalidou Koulibaly. Foto WorldFootball

LONDON – Juventus kini muncul kelab terbaharu yang berminat untuk mendapatkan bek tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Tuttosport melaporkan Juventus telah menghubungi Napoli namun impian itu bukannya mudah untuk mendapatkan pemain antarabangsa Senegal itu.

Ini kerana Napoli telah meletakkan harga sekurang-kurangnya €100 juta untuk pemain yang mereka rasakan mencecah nilai €150 juta.

Dia memiliki fizikal tegap dan mampu menjadi perancang daripada belakang.

Pada masa sama, Juventus sedang mencari bek tengah yang baharu dengan status bintang bagi menggantikan beberapa pemain yang sudah semakin berusia.

Sementara itu, Chelsea meminta Juventus untuk membayar £5.3 juta yang terkandung pada klausa pelepasan Maurizio Sarri.

Pengurus itu dilaporkan sudah memberitahu Chelsea akan hasrat beliau mahu kembali ke Itali. – MalaysiaGazette