Polis menafikan dakwaan mengenai insiden menceroboh rumah kediaman keluarga Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang menteri dalam video lucah, di Petra Jaya, petang semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut manakala lapan yang lain mengalami kecederaan dalam satu kemalangan yang membabitkan dua kereta di Km4, Jalan Sungai Tua – Ulu Yam, petang ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu Faridah Muda, 63, dari Batang Kali, Selangor yang merupakan penumpang kenderaan Toyota Unser bersama dengan enam yang lain dipercayai anggota keluarganya, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Totota Camry yang dinaiki dua lelaki berumur 31 dan 23 dari Selayang menghala Ulu Yam hilang kawalan, sebelum bertembung dengan kenderaan MPV berkenaan.

“Kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki, manakala enam anggota keluarga Faridah turut tercedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua mengsa dibawa ke Hospital Selayang, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. – Bernama