Pemain Malaysia, Sumareh (kiri) dan pemain Timor Leste, Candido Monteiro cuba mendapatkan bola pada perlawanan aski pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 diantara pasukan Timor Leste menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Malaysia mudah melepasi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 selepas sekali lagi membelasah Timor Leste 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Kemenangan besar itu menyaksikan Harimau Malaya layak ke pusingan kedua dengan agregat 12-2 selepas membenam cabaran anak buat Norio Tsukitate 7-1 pada aksi pertama di venue sama Jumaat lalu.

MGF11062019_TIMOR LESTE VS MALAYSIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 202213
Pemain Malaysia, Shahrel Fikri meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan aski pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 diantara pasukan Timor Leste menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2019

Penyerang Perak, Shahrel Fikri muncul wira apabila meledak hatrik menerusi gol seawal minit ke-10 dan gol kedua tujuh minit kemudian sebelum melengkap malam gemilangnya pada separuh masa kedua pada minit 64.

Dua gol lagi disumbang oleh pemain naturalisasi, Mohamed Sumareh pada minit ke-37 dan bintang muda, Akhyar Rashid pada minit ke-55 bagi menceriakan lebih 13,000 penonton yang hadir.

MGF11062019_TIMOR LESTE VS MALAYSIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 202219
Pemain Malaysia, Faiz Nasir diasak keras pemain Timor Leste, Joao Da Silva (kanan) pada perlawanan aski pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 diantara pasukan Timor Leste menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2019

Selepas ini, anak buah Tan Cheng Hoe menyertai 40 pasukan ranking teratas di Asia pada pusingan kedua termasuk penyandang juara Piala Asia, Qatar, selaku tuan rumah Piala Dunia 2022.

MGF11062019_TIMOR LESTE VS MALAYSIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 202215
Penjaga gawang Malaysia, Ifwat Akmal gagal menyelamatkan percubaan pemain Timor Leste, Rufino Walter (kanan) pada perlawanan aski pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 diantara pasukan Timor Leste menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2019

Pada pusingan kedua, yang dijadual September ini, semua pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan juara kumpulan dan empat pasukan kedua terbaik akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan slot automatik ke Piala Asia 2023.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast