Saksi yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail ketika hadir perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd hari ini ditangguhkan selepas peguam bela Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan agar ia dihentikan awal.

Ketua pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau ingin meneliti keterangan bekas bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC,  Tan Sri Ismee Ismail, yang dipercayai bercanggah keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM). 

Menurut Shafee,  ini susulan saksi ke-39 itu sebelum ini  berkata nasihat resolusi pemegang saham perlu dipatuhi berbanding Najib selaku Penasihat Emeritus SRC.

“Kami memohon untuk meneliti transkrip keterangan saksi tentang resolusi petang ini,” katanya kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sambil memohon perbicaraan disambung pada esok pagi.

Mohd Nazlan yang meluluskan permohonan tersebut kemudian menetapkan perbicaraan disambung esok pada 9 pagi.

Terdahulu Ismee diasak dengan soalan Harvinderjit Singh  berkaitan resolusi yang digunakan oleh pihak pengurusan SRC.

MGF13062019_NAJID SRC MAHKAMAH02
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari ke-24 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2019.

Soalan itu bertitik tolak daripada pengakuannya gagal merujuk kepada Najib tentang akaun yang tidak diaudit.

Ismee merupakan saksi yang dipanggil selama empat hari berturut-turut untuk memberi keterangan kepada mahkamah dalam perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri.

Semalam beliau berkata tidak tahu tentang kehilangan wang RM2 bilion daripada SRC  yang kemudian disalurkan ke dalam akuan Ambank dengan nombor akaun berakhir 736.

Bagaimanapun kata beliau, pada masa sama syarikat itu mempunyai dua akaun bank antarabangsa iaitu di Hong Kong dan Switzerland yang mana wang dihantar ke kedua-dua bank tersebut.-MalaysiaGazette