Hamidah Osman

KUALA LUMPUR – Parti PUTRA mahu pihak berkuasa bertindak segera menyiasat penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, sekirang video itu palsu pemfitnah perlu diheret ke muka pengadilan.

Sekiranya ia sahih, kedua-dua pelaku perlu diambil tindakan kerana ia bukan sekadar isu politik tetapi membabitkan kesucian agama Islam dan moral.

“Saya yakin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak selesa dengan apa yang berlaku terutama yang melibatkan budaya LGBT atau mungkin fitnah ini.

“Kita tidak mahu kedua dua budaya yang merbahaya ini berleluasa di Malaysia tanpa tindakan oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, PUTRA meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasukan PDRM untuk menyiasat kes itu dengan kadar segera dan tindakan undang undang sewajarnya perlu diambil tanpa mengira status dan kedudukan.- MalaysiaGazette