Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR- Haziq Abdullah Abdul Aziz akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.

Perkara tersebut dimaklumkan peguamnya, Sivahnanthan Ragava kepada MalaysiaGazette.

“Pegawai penyiasat memaklumkan kepada saya Haziq akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini,” katanya.

Media sejak pagi tadi berkumpul di HKL bagaimanapun tidak berpeluang untuk melihat kelibat Haziq ekoran kawalan keselamatan yang tinggi oleh pihak polis.- MalaysiaGazette