Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai tangan ketika hadir pada Majlis Silaturrahmi Eidul Fitri DUN Gombak Setia, di Padang Selaseh Gombak, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Polis telah menghubungi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung video luar seks luar tabii yang didakwa membabitkan lelaki yang mirip dengannya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, beliau hanya boleh menemui polis esok pada bila-bila masa kerana berada di Pulau Pinang pada hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa polis sudah menghubungi saya,” katanya dalam satu majlis Hari Raya hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan memanggil Azmin.

Polis telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mendakwa terlibat dalam video berkenaan di KLIA pada Jumaat lalu.

Lelaki itu telah dibebaskan semalam. – MalaysiaGazette