Datuk Iskandar Abdul Samad. foto SYAFIQ AMBAK, 10 MAC 2019
Iskandar A. Samad.

KUALA LUMPUR – Serangan-serangan terhadap Pas terutamanya ke atas ucapan-ucapan pemimpin parti itu disebabkan rasa tidak selamat dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad berkata, ia dilakukan kerana mereka merasakan Pas adalah ancaman kepada hasrat mereka untuk terus kekal sebagai kerajaan.

Oleh itu, walaupun mereka menyerang namun tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri atau bersifat defensif

“Saya tidak ada masalah dengan serangan-serangan tersebut kerana ia hanya akan memberi publisiti kepada perjuangan Pas. Paling kurang rakyat Malaysia tahu Muktamar Pas sedang berlangsung walaupun tidak ramai yang tidak tahu.

“Tetapi nasihat saya kepada mereka adalah harap selesaikan masalah parti anda terlebih dahulu. Tidak perlu menyerang Pas untuk menutup masalah yang melanda parti anda.

“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang cerdik,” katanya dalam satu kenyataa. – MalaysiaGazette