KUALA LUMPUR – “Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa saya yang kena minta maaf.”
Itu jawapan usahawan kosmetik, Nur Sajat ekoran dakwaan Yusmiliati Mohamed Yusof hari ini.
Berdasarkan laporan MStar Online, Sajat menafikan dia pernah membayar bagi mendapatkan bantuan wanita berkenaan menguruskan dokumen menukar status jantina kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
“Merepeklah, Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut,” katanya.
Sajat juga menafikan pernah mengenali wanita berkenaan sebelum ini.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/17/kena-lokap-gara-gara-bantu-sajat-tukar-status-jantina/