Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kiri) beramah mesra bersama kakitangan KPKT selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Mobil I-G (I-Gandaian), Majlis Perhimpunan Penjawat Awam KPKT dan Semarak Aidilfitri KPKT di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Presint 4, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 19 JUN 2019.

PUTRAJAYA – Desakan yang dibuat puak-puak tertentu supaya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan dalam parti dan sebagai menteri hal ehwal ekonomi adalah satu cadangan yang konyol.

Malah, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan oleh golongan tersebut termasuk pemimpin di luar dan dalam parti berkenaan adalah perbuatan yang tidak waras dan tidak beretika profesional.

“Saya memandang desakan dan cadangan pihak luar sana yang meminta Azmin meletakkan jawatan adalah satu cadangan konyol (kurang akal/kurang ajar).

“Saya ingat pemimpin yang membuat kenyataan sebegitu seharusnya lebih waras,” katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian tersebut dan melancarkan aplikasi mobil i-Gadaian melibatkan maklumat dan pendaftaran Premis Pajak Gadai berlesen di negara ini.

Zuraida juga menasihatkan pihak-pihak yang berada di sebalik penyebaran video tidak senonoh itu supaya jangan membuang masa dengan perbuatan jijik dan kotor untuk menjatuhkan pemimpin sendiri.

“Lebih baik mereka fokus membantu membina negara daripada buang masa buat kerja yang memalukan negara,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast