Teo Nie Ching

KELMARIN Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ada mengeluarkan satu kenyataan menggemparkan yang dimuat naik ke Facebook rasminya. Dalam kenyataan tersebut Teo
Nie Ching memaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidika Islam (PPKPI) telah ditubuhkan bagi mengkaji berkenaan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat
Sekolah Rendah.

Ekoran itu, Teo Nie Ching dengan tanpa rasa bersalahnya telah menjemput individu, kumpulan dan institusi yang tidak kira berlatar belakangkan agama dan bangsa bagi mengemukakan cadangan dan berbincang lebih lanjut untuk menambah baik sistem Pendidikan Islam.

Bagaimanapun kenyataan ini tidak bertahan lama di Facebook Teo Nie Ching selepas mendapat kecaman teruk dari rakyat. Dan semalam pula, Teo Nie Ching telah memuat naik satu lagi kenyataan yang kononnya kenyataan awalnya itu sekadar
pengkongsian daripada satu kaji selidik.

Peliknya sebelum kongsikan kenyataan itu kenapa Teo Nie Ching tidak semak terlebih dahulu atau sebenarnya ada niat lain?

Idea yang dikemukakan bukan sahaja tidak revelan, malah ia seolah-olah tidak menghormati langsung agama Islam. Kenyataan ini juga dapat disifatkan sebagai tindakan yang tidak wajar kerana ia akan memberi persepsi kurang baik kepada
masyarakat.

Tidak pasti apa sebenarnya motif Teo Nie Ching cuba lakukan dengan mengemukakan cadangan sebegitu rupa. Adakah Teo Nie Ching sengaja ingin menyebarkan agenda liberal dalam pendidikan di ‘Malaysia Baharu’? Atau lebih parah
lagi, adakah Teo Nie Ching cuba untuk mengubah sistem pendidikan yang ada sekarang ini?

Apa tidaknya, dengan sesuka hati Teo Nie Ching memanggil orang bukan islam supaya menjadi pemikir untuk agama Islam lebih-lebih lagi soal pendidikan Islam di sekolah. Jadi niat ini sangat melampau jika ia diteruskan juga di masa akan datang.

Sedangkan hakikatnya di negara ini masih ramai lagi mufti dan penceramah yang lebih arif dan lebih tahu tentang agama Islam. Jadi biarlah orang Islam sendiri yang menentukan dan menambah baik sistem pendidikan Islam di sekolah.

Setidak-tidaknya ia tidak akan mendatangkan sebarang kekeliruan di kemudian hari yang boleh menggugat keharmonian agama Islam sendiri.

Dalam pada itu, saya juga tertanya-tanya di manakah keberadaan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sekarang ini? Sepatutnya kenyataan seperti ini diperhalusi lagi olehnya agar ia tidak mendatangkan kekeliruan.

Maszlee sendiri sepatutnya mengeluarkan kenyataan ini dengan hujah-hujah yang lebih wajar bukannya Teo Nie
Ching agar ia tidak menimbulkan salah faham daripada mana-mana pihak.

Jadi adakah spekulasi sebelum ini benar bahawa Timbalan Menteri Pendidikan lebih berkuasa daripada Menteri Pendidikan sendiri? Ini Kerana jelas kita dapat lihat bahawa Teo Nie Ching lebih menyerlah dan mendahului daripada Maszlee Malik berkaitan dengan isu-isu pendidikan di negara ini.

Belum lagi sentuh soal percanggahan pendapat daripada kedua-dua pihak ini berkenaan dengan isu pengiktirafan UEC sebelum ini. Jadi selepas ini Maszlee perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pendidikan dan kurangkan berpolitik
agar Kementerian Pendidikan tidak tercemar dengan isu-isu seperti ini.

Apa-apa pun pada akhirnya kita pastikan agenda dan ideologi komunis tidak sesekali diserap ke dalam sistem pendidikan Islam kita hari ini, esok dan selama-lamanya.

Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast