Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media pada Sidang Kemuncak Keusahawanan dan Ekonomi Asia di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 20 JUN 2019

SERI KEMBANGAN- Ahli-ahli PKR boleh menyuarakan pendapat mereka melalui apa jua saluran asalkan ia mempunyai fakta dan bukti.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali percaya kepada demokrasi dan kebebasan bersuara.

“Saya percaya kepada demokrasi dan kebebasan bersuara. Mengapa ianya menjadi seperti pilih kasih pula?

“Sepatutnya kita perlu membenarkan proses (demokrasi dan kebebasan bersuara) ini berjalan dalam politik dan kerajaan.

“Tetapi sudah pasti kita tidak membenarkan fitnah dan permainan politik kotor.

“Jika ahli-ahli mahu melahirkan sebarang kebimbangan atau isu, mereka mestilah mempunyai fakta dan bukti,” katanya ketika ditanya mengenai arahan terbaharu Lembaga Displin dan Biro Politik PKR yang mahu semua ahli parti tidak membuat sebarang kenyataan tanpa menggunakan saluran yang betul.

Terdahulu Mohamed Azmin menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Keusahawanan Asia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa syukur dan terharu dengan sokongan yang telah diberikan oleh banyak pihak terutama dari luar kerajaan dan Pakatan Harapan ketika berhadapan dengan skandal video seks songsang yang tular baru-baru ini.

“Ia satu perkembangan yang cukup positif dan memberikan saya kekuatan untuk meneruskan karier politik.

“Ia juga menunjukkan satu perkembangan yang baik dalam bidang politik kerana menunjukkan rakyat menolak permainan politik kotor seperti,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau hanya mahu memberi fokus kepada mandat yang telah diberikan kepadnya untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast