Red Bull dan Toro Rosso akan menerima enjin honda yang dinaiktaraf menjelang GP Perancis hujung minggu ini.

PARIS – Honda akan membekalkan enjin yang dinaiktaraf untuk pasukan Formula 1 Red Bull dan Toro Rosso menjelang Grand Prix Perancis hujung minggu ini.

Tiga daripada empat pemandu kedua-dua pasukan itu akan memiliki enjin baharu tersebut menjelang perlumbaan Ahad ini.

Max Verstappen dan Pierre Gasly dari Red Bull dan Daniil Kvyat dari Toro Rosso merupakan tiga pelumba yang akan berlumba menggunakan enjin yang dinaiktaraf.

Pemilik Honda, Toyoharu Tanabe berkata, enjin itu sangat berkuasa tetapi belum mencapai tahap enjin Mercedes dan Ferrari.

“Itu hanyalah langkah permulaan ke arah hala tuju betul dan kami akan terus membangunkan enjin sepanjang musim ini,” katanya.

Tambah Tanabe, penambahbaikan enjin meliputi enjin dan turbocharger.

Verstappen menamatkan perlumbaan GP Kanada di tempat kelima manakala rakan sepasukannya Gasly di tempat kelapan diikuti Kvyat di tempat ke-10. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast