KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas (PCK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuatkuasa 17 Jun ini.
Pelantikan itu diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Mohamed Farid telah menyertai PDRM sejak 15 April 1979 dan berkhidmat selama 36 tahun di dalam cawangan khas.
“Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan jenayah dan pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette