TOKYO – Harga minyak dunia naik pada hari Isnin berikutan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat kekal tinggi, selain sekatan signifikan ke atas Tehran akan diumumkan.
Niaga hadapan Brent naik AS$0. 37 atau 0.6 peratus kepada AS$ 65.57 setong pada 0044 GMT dan West Texas Intermediate naik AS$0.43 sen atau 0.8 peratus kepada AS$ 57.86 setong.
“Pertempuran di Timur Tengah sepatutnya menyokong harga minyak pada awal minggu ini kerana pasaran minyak menunggu untuk melihat tindak balas Iran terhadap ancaman sekatan tambahan,” kata Edward Moya, penganalisis pasaran senior di OANDA di New York.
Harga minyak melonjak minggu lalu selepas Iran menembak jatuh dron milik tentera Amerika Syarikat yang didakwa memasuki ruang udara antarabangsa.
Tetapi Tehran menegaskan dron itu telah melangkaui wilayahnya.
Brent meningkat kira-kira 5.0 peratus pada minggu lalu, minggu keuntungan pertama dalam tempoh lima minggu.
Manakala WTI pula melonjak kira-kira 10 peratus – keuntungan peratusan terbesar sejak Disember 2016. – MalaysiaGazette