Dr. Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan terdapat 70 kes baharu melibatkan sesak nafas berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jumlah itu diperoleh pihaknya sehingga 12 tengah malam tadi.

“Sebanyak 70 kes baru telah dilaporkan dengan enam pesakit telah dimasukkan dalam wad di Hospital Sultan Ismail dan berada dalam keadaan stabil.

“Tiada kematian dilaporkan dan tiada kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Tambah beliau, sehigga kini 101 kes sesak nafas telah dilaporkan berlaku di kawasan itu sehingga semalam.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, Pusat Operasi (GCC) telah dibuka semula hari ini pada jam 9 pagi tadi susulan kejadian sesak nafas melibatkan 30 pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Puteri Resort dan terbaru Sekolah Menengah Taman Rinting 2.

Awal hari ini, pelajar di lapan buah sekolah di Pasir Gudang dipercayai mengalami insiden muntah dan sesak nafas.

Antara sekolah-sekolah yang dipercayai terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih 1, SK Pasir Gudang 2, SK Taman Pasir Putih 1, SMK Taman Megah Ria, SK Taman Rinting 2 dan SMK Bandar Seri Alam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.