KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak menganggap pendakwaan terhadap anak lelakinya berhubung penyalahgunaan dadah tidak akan mencalar imejnya sebagai seorang menteri.
Katanya, beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili anaknya itu dan tidak akan mencampuri urusan tersebut.
“Tidak ada masalah, biar mahkamah proses, tidak ada masalah apa-apa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pendakwaan terhadap anaknya pada 13 Jun lalu yang ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.
Anak ketiga Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 31, ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementeriannya membabitkan bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau berkata pihaknya menyerahkan perkara itu sebulat-bulatnya kepada badan siasatan bebas berkenaan.
Katanya, tidak timbul sebarang masalah di kementeriannya terhadap perkara tersebut dan laporan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Perolehan serta Kewangan sudah siap dan pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada SPRM dan polis untuk tujuan seterusnya.
Tambah beliau, laporan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan sudah siap dan pihaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM dan polis untuk tujuan seterusnya.
“Kalau SPRM minta apa-apa laporan kepada kementerian kita akan beri. SPRM bebas untuk masuk dan sisasat,” ujarnya. – MalaysiaGazette