Hassan Rouhani. foto Agensi

GENEVA – Iran tidak mencari untuk berperang dengan Amerika Syarikat, kata presidennya, Hassan Rouhani kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron melalui panggilan telefon pada hari Selasa,.

Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) melaporkan, Rouhani memberitahu Macron jika Amerika Syarikat melanggar ruang wilayah Iran sekali lagi, pasti akan mewujudkan konfrontasi.

“Jika Amerika Syarikat mahu menceroboh perairan atau ruang udara Iran sekali lagi, tentera Iran mempunyai tanggungjawab untuk konfrontasi dan ia akan menyebabkan pertembungan,” kata Rouhani.

Rouhani juga menegaskan kepada Macron bahawa Iran tidak akan melakukan rundingan semula Perjanjian Nuklear 2015, lapor ISNA. – MalaysiaGazette