Joao Felix kini menjadi buruan beberapa kelab terkemuka dunia.

LONDON – Benfica sedia mempertimbangkan tawaran harga 126 juta euro (RM594 juta) yang dikemukakan Atletico bagi mendapatkan bintang sensasi, Joao Felix.

BBC melaporkan, sekiranya perjanjian itu direalisasikan, penyerang berusia 19 tahun itu akan menjadi pembelian kelima termahal dunia selepas Neymar, Kylian Mbappe, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.

“Atletico Madrid telah mengemukakan tawaran cadangan untuk mendapat pemain Joao Felix Sequeira dengan nilai 126 juta euro (RM594 juta) yang ketika ini sedang dikaji kelab,” kata kelab Portugal itu.

Felix ketika ini turut menarik perhatian beberapa kelab gergasi Eropah termasuk juara Inggeris, Manchester City, Manchester United dan juara Itali Juventus.

Atletico kini terdesak membeli Felix seleps kehilangan penyerang berbisa Antoine Griezmann pada musim panas ini selepas pemain antarabangsa Perancis itu  ingin mencari cabaran baharu.

Felix yang boleh bermain di kedua-dua posisi sayap dan tengah mengharungi musim mengagumkan di Benfica selepas meledak 20 gol dalam 43 perlawanan kompetitif dan membantu kelabnya menjuarai liga Portugal.

Dia turut membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Portugal awal bulan ini di samping Cristiano Ronaldo di peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menentang Switzerland. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast