Nasuruddin Daud
Nasuruddin Daud

KUALA LUMPUR – Pas masih memberi ruang dan peluang kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk memohon maaf atas tuduhan parti itu menerima dana 1MDB.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Nasuruddin Daud berkata, sehingga hari ini belum ada pemimpin PH berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah mengeluarkan senarai individu, syarikat dan entiti yang menerima dana itu.

“Belum ada, tapi kita masih beri peluang untuk mereka meminta maaf atas tuduhan tidak berasas itu,” katanya di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Sebelum ini, pemimpin PH, iaitu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti ada dalam kalangan pemimpin Pas menerima dana 1MDB.

Bagaimanapun, tuduhan dan dakwaan itu tidak benar apabila SPRM telah mengeluarkan senarai 41 pihak yang menerima dana 1MDB tanpa ada nama pemimpin Pas.

Menurut Nassurudin, bukti pemimpin Pas tidak terbabit dengan dana 1MDB apabila bekas Ketua Pesuruhjaya sebelum ini, Datuk Shukri Abdull dan yang baharu, Latheefa Koya tidak mempunyai bukti pembabitan parti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast