Mohamaddin Ketapi

NARATHIWAT – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berharap lebuh ramai lagi pengunjung dari daerah Narathiwat mengunjungi Malaysia pada masa akan datang.

Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, hubungan baik dengan Thailand bukan sahaja memberi kesan baik kepada hubungan diplomatik tetapi juga dapat memberi impak kepada pada sektor pelancongan.

“Malaysia dan Thailand, kedua-duanya merupakan rakan ASEAN yang menikmati kesatuan diplomatik dan berkongsi kepelbagaian budaya,

“Saya harap ikatan ini akan berterusan dan bertambah kuat,” katanya melakukan lawatan ke Narathiwat selama dua hari bermula semalam.

Pada lawatan itu, beliau dan isteri, Datin Zarinah Mohammad Ibrahim turut menghadiri Majlis Kebudayaan Thailand-Malaysia,

Hadir pada majlis Gabenor Narathiwat, Thailand Ekkarat Lessen.

Program itu diadakan setiap tahun bagi mempromosikan negara masing-masing di antara satu sama lain.

Mohamaddin juga sempat menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak dan tarik tali antara Kelantan dan Narathiwat. -MalaysiaGazette