kleptocrats Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh PAS Ulama Central Council Leader Muhyiddin Yassin
Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama Pas yang baharu, Dr. Nik Zawawi Salleh sedia berdialog dengàn pimpinan Pakatan Harapan (PH) ekoran kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Malah beliau menamakan sekurang-kurangnya Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Rawa bersedia berdialog kalau bukan mana-mana pimpinan tertinggi PH yang lain.

Menurutnya, dialog berkenaan mesti dilakukan dengan pimpinan PH kerana mereka terlibat dalam merangka dasar-dasar kerajaan.

Zawawi juga masih mempertahankan kenyataan ‘wajib jatuhkan kerajaan PH’ walaupun menyedari banyak laporan polis dibuat ekoran ucapannya semasa Muktamar Pas di Pahang baru- baru ini.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan Zawawi hari ini, beliau juga banyak menerima sokongan dan mendakwa ada bukti ekoran kenyataannya itu diucapkan dan bersedia berdialog bagi mencari kebenaran.-MalaysiaGazette