Detik bersejarah pertemuan Donald Trump dan Kim Jong Un berjabat tangan dalam pertemuan di DMZ pada 30 Jun 2019. foto Agensi

SEOUL – Kim Jong Un dan Donald Trump bersetuju untuk meneruskan dialog dalam usaha menghapuskan penggunaan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pertama yang menjejakkan kaki di Korea Utara pada hari Ahad ketika bertemu dengan Kim di Zon Bebas Tentera (DMZ) dan bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi menghapuskan nuklear.

“Para pemimpin tertinggi kedua-dua negara bersetuju untuk terus bekerjasama pada masa akan datang dan meneruskan dialog produktif dalam menghapuskan senjata nuklear dan hubungan dua hala,” kata agensi berita KCNA .

Menerusi Twitternya, Trump menyifatkan telah mengadakan ‘pertemuan yang hebat’ dengan Kim dan mahu berjumpa tidak lama lagi.

Trump berkata, perunding A.S. dan Korea Utara akan bertemu ‘untuk melaksanakan beberapa penyelesaian jangka panjang dan berterusan.”

“Tidak tergesa-gesa, tapi saya yakin kami akan tiba di sana!” katanya.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, rundingan itu akan dibuat pada bulan Julai, kemungkinan dalam dua atau tiga minggu lagi.

Perunding Korea Utara adalah dalam kalangan diplomat Kementerian Luar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast